Pengumuman
Asalammualaikum & salam sejahtera...

Untuk makluman para pelanggan, bermula drpd 1/6/2011 -31/12/ 2011 Alin's Coklat akan mengadakan promosi bg pembelian doorgift yg berkuantiti 500 kotak keatas. Dengan setiap pembelian para pelanggan akan mendapat 50% potongan harga bg mana2 set hantaran ( tp 1 set je ye...). Tempahan awal amat dialu-alukan bg mengelakan pertindihan tarikh dgn tempahan lain. Harap maklum...

Muffin & Coklat Oreo

 Muffin Coklat Chip

Emmm.... tempahan kali nie daripada Dr. Nadiah Saripodin dari Klang.... Nadiah order muffin sebanyak 20 biji untuk makan-makan.. dan juga coklat oreo 20 pcs untuk makan-makan juga... terima kasih Alin's Coklat ucapkan kerana sudi order...

Coklat Oreo

Coklat oreo nie juga tempahan daripada abg tentera kat UPNM Sg. Besi... Abg tentera nie namanya Farhan.. Farhan order coklat oreo ni hanya untuk makan-makan... apepun terima kasih daripada Alin's Coklat...

Coklat Loose Praline



 
Tempahan  yang nie daripada Nor Akmal di UPNM Sg Besi.... nie kali ke dua Akmal tempah coklat.. kali nie Akmal order dlm bentuk loose praline dan pelbagai filling... coklat nie untuk diberikan kepada tunangnya.. Alin's Coklat harap bukan Akmal yang habiskan coklat nie... huhuhu... apa pun Alin's Coklat mengucapkan terima kasih kerana sudi order...

2 set- Coklat Praline 35pcs/box




Tempahan yg nie pula daripada Siti. Siti nie jururawat yg periksa anak lin... kebetulan dtg rumah, lin bglah rasa coklat yg ada... esoknya terus tempah 2 set coklat praline pelbagai bentuk dan filling... coklat nie nak dibawa balik ke kampung, untuk makan-makan katanya.. Apapun terima kasih Alin's Coklat ucapkan kerana sudi order....

Coklat love box, coklat praline &lollichoc



Tunggu punya tunggu... nie baru dapat masukan gambar tempahanye.... ingatkan nak tunggu 25hb tapi rupanya coklatnya pun dah habis di makan hehehe...kali nie daripada Hartini Hashim dari Teluk Panglima Garang. Tinie order sempena ulangtahun perkahwinanya yg ke-6... Tinie nie sebenarnya nak suprisekan  suaminya.. tp tak menjadi sebab anaknya dah nampak coklat nie... jd terpaksalah mkn awal. Tinie tempah coklat love box dan praline serta coklat lollichoc sebanyak 6 btg sebagai simbol 6 tahun usia perkahwinannya. Apapun, lin ucapkan semoga berbahagia dan di limpahi kasih sayang hingga ke hujung nyawa... Terima kasih Alin's Coklat ucapkan kerana sudi order....

Coklat Praline - 200 pcs untuk makan-makan sempena Ulangtahun Perkahwinan

 50 pcs coklat berbentuk love, berwarna coklat dan putih... kat dalamnya inti blueberry
 50 pcs coklat berbentuk rose ni pula berwarna oren dan putih, dan berinti oren...
 50 pcs coklat berbentuk daun berwarna hijau... di dalamnya ade oreo crumb...
50 pcs coklat berbentuk strawberry.. di dalamnya juga berinti strawberry...

Coklat kali nie tempahan daripada Pengetua Sek. Men. Keb Dato' Dol Said, Pn.Hjh Khalijah..... Pn Hjh Khalijah order sebanyak 200pcs coklat berbentuk love, bunga rose, daun dan strawberry...dan di dalamnya berinti blueberry, oren, oreo crumb dan strawberry... Coklat nie di tempah untuk makan- makan sempena menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinannya... Alin's Coklat mengucapkan semoga berbahagia dan dilimpahi kasih sayang hingga ke akhir hayat, Amin... Terima Kasih...

Coklat Praline


Coklat praline pelbagai bentuk nie, order daripada kawan facebook lin, Siti Aszirah namanya.... Aszirah  nie nak coklat yg ada filling.. dan coklat ni Aszirah order untuk makan-makan aje... Terima kasih ye kerana sudi order....

Coklat Praline 35pcs/box


Yang nie pula tempahan daripada Jannah yang tinggal kat Tmn Sri Duyong, Melaka... Jannah nak coklat praline yang plain tapi takde filling, untuk makan-makan juga katanya... Terima kasih Alin's Coklat ucapkan sebab sudi order....

Coklat oreo



Kali nie coklat oreo pula... order daripada Cikgu Husin dari Sek Men Dato Dol Said. Cikgu Husin ni order untuk makan-makan aje... jadi lin buatkan coklat oreo berbentuk bunga, love dan bola. Ape pun terima kasih kerana sudi order.....

Coklat Praline 35pcs/box untuk Hari Jadi...


Yang nie pun order daripada abg tentera kat sungai besi... Namanya Khairul Zaid, khairul nie order sempena hari jadi adiknya Tasha.. kepada Tasha, Alin Coklat mengucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurah rezeki... Amin.

Coklat Praline 35pcs/box - untuk makan-makan aje....


Ermmm.... lama tak upload gambar... nie baru dpt uploadkan.. tempahan kali nie daripada abg tentera kat sungai besi, namanya Nor Akmal... Hehehe.. baru keluar dari hutan dah teringin nak makan coklat. Nor Akmal nie nak coklat pelbagai bentuk dan filling,jadi inilah hasilnye.... ape pun terima kasih daripada Alin Coklat......